Sunday, November 29, 2009

Pantun

tegak rumah kerana sendi,
rosak sendi rumah binasa,
tegak bangsa kerana budi,
rosak budi bangsa binasa.

Batang pinang akarnya licin,
Batang cangkah akarnya mati;
Orang bertunang bertukar cincin,
Kalau berkasih bertukar hati.

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

No comments:

Post a Comment